Quantcast
Channel: .
Viewing all articles
Browse latest Browse all 135

Sayunya Hati Bila Anak Minta Maaf, Timbul Keinsafan Mummy

$
0
0
Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.


Sedikit perkongsian dari saya...dalam perjalanan balik ke rumah...saya dengar usrati di Radio IKIM. Saya suka betul dengar suara ustazah yang sedang berada di corong radio. Tetapi, saya tidak sempat dengar dari awal...paling saya tersentuh semasa ustazah membaca kata-kata ucapan maaf yang ibu boleh tuturkan pada anak-anak. Saya ingat pendek je...rupanya panjang, sungguh mendayu dan memberi kesan insaf ke dalam lubuk hati saya.

Selingan dari perkongsian di atas...mari kita tonton video sebentar. Bagaimana ibu yang sibuk menguruskan perniagaan online tidak melekakan urusan anak-anak.


Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online from iReach HD on Vimeo.

Bagaimana terkesannya di hati pembaca budiman selepas menonton video di atas. Setiap pekerjaan yang kita lakukan pasti ada cabaran. Moga kita dapat seimbangkan cabaran itu dengan keperluan keluarga.

Hari ini saya ada beberapa jurnal kesyukuran yang ingin di coret buat bacaan pembaca budiman.

i. Nak derma darah, sanggup balik rumah waktu lunch hour untuk ambil buku derma darah. Cek-cek saya di reject dari derma darah kerana kurang zat besi dan bp rendah.
ii. Dapat mendengar usrati ustazah yang penuh keinsafan dengan bacaan ayat bagaimana ibu juga perlu memohon kemaafan kepada anak-anak.
iii. Singgah sekejap di Poliklinik. Hasil check up yang di buat kemungkinan saya ada hormon imbalance. Dr. sarankan saya amik suplemen yang mempunyai EPO.
iv. Balik rumah, anak-anak sudah kerinduan. Masing-masing ingin mengadu urusan harian masing-masing. Anak yang sulung tanya mana cacing. Anak kedua mengadu sakit kerana terjatuh atas palang katil. Anak ketiga welcoming me back. Dulu, sebelum anak ketiga 3 tahun, bila tengok muka saya...mesti dia kata "Mummy nak susu...sambil muka tersenyum-senyum..." So, cute.

Sesi temubual dengan anak kedua.

i. Bagaimana, Bila, Macam mana...?
ii. Bila suruh kencing dia nangis-nangis sakit...saya geram bercampur risau. Last-last saya yang sebak sambil peluk dia. Saya rasa kecewa dan gagal atas tanggungjawab saya. Saya mandikan dan sabun dia wangi-wangi...bagi redakan sakit dan trauma yang baru di alaminya. Teringat kisah saya semasa sekolah rendah. Saya terjatuh atas kerusi...memang rasa sakit dan trauma. 
iii. Bila sudah settle semua, saya lihat lukanya, perlahan-lahan sapu minyak gamat dan taruk ais bagi kurangkan rasa sakit.
iv. Saya ingatkan pada anak kedua, mohon pada Allah supaya sembuhkan luka dan redakan sakit kak ngah. Lepas tu anak ini terus kata, kak ngah minta maaf mummy. Ohhhh sayunya hati saya...saya yang sebenarnya bersalah...hati ini penuh rasa keinsafan.
v. Saya minta beliau cuba kencing perlahan-lahan, walau rasa sakit...akibat terantuk dengan kepala katil.
vi. Esok paginya, bangun pagi...saya mandikan bersih-bersih dan wangi-wangi...saya perlu dia untuk redakan sakit sakit dan berani untuk buang air kecil. Alhamdulillah lega hati saya setelah melihat abak ini buang air kecil. Saya tanya...sakit ke kak ngah...alhamdulillah jawabnya "tidak sakit".
vii. Sambil baring minum susu, sementara tunggu menjelang fajar...saya katakan ayat-ayat kemaafan atas kesilapan saya, saya ajarkan beliau berdoa...alhamdulillah beliau dapat lelapkan mata sekejap sementara tunggu waktu ke sekolah.

Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah. Meredakan sakit dan menyembuhkan luka anakku.

Terima kasih di atas kelapangan masa pembaca budiman dalam meneruskan bait-bait penulisan saya.

p.s: Silalah share entri ini dengan kawan-kawan sekiranya entri ini dapat mendatangkan manfaat. Semoga kita saling maaf memaafi serta mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat, Amin.

Best deal...
boleh hubungi Farah untuk sebarang pertanyaan
suplemen kesihatan...
Saya memang hendak membantu anda.

Shaklee Independent Distributor ID:  1107056




SMS/WHATSAPP : 012-6713780

Viewing all articles
Browse latest Browse all 135